The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Ulama’ Akhir Zaman

December 16th, 2010 Posted in Akidah Akhlak

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

(al-Bukhari)

Huraian:

Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Ulama adalah orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mereka merupakan orang yang mendalami ilmu. Di zaman ini, hampir tiada lagi ulama’ yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja.

Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama’ adalah mereka yang menguasai dengan “ahli” banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama’ semakin lama semakin kurang. Justeru, dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan daripada para ulama’.

Namun kenyataannya juga bahawa hari ini ramai orang yang tidak menyedari situasi tersebut hingga mereka mengatur kehidupan dunia mengikut cara mereka sendiri tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama untuk meminta pandangan mahupun nasihat. Ulama dipinggirkan bahkan dianggap sebagai kelompok yang tidak mengetahui perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak dan meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka di dalam urusan keduniaan.

Justeru tidak hairanlah akan ada manusia yang menjadikan golongan yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kemusnahan dan mengundang kecelakaan.



  • nur ahmad faisal

    takat bercerita aje perubahan takda baik tak payah cerita membazir waktu aje

  • Dinparut

    ini cerita pasal huraian hadis al-bukhari, kita sbg org Islam wajib beriman dgn Hadis dan Al-Quran. Apa yg dimaksudkan diatas ialah memang bertepatan kerana kita sbg hamba kena memahami apa itu ulama. kita juga kena paham bahawa ulama ialah pewaris nabi pada masa skrg……

  • muriatun mohd said

    Sekarangpun dah nampak. bagaimana golongan ulamak dipinggirkan. Manakala ramai pemimpin yang bertuhankan material sebagai ukuran kecemerlangan bukan pembangunan modal insan berlandaskan Al Quran. Ya Allah tolonglah kami. Berilah kami hidayahMu supaya kami tidak tergolong dalam golongan orang-orang yg sesat.

  • husin

    Pada masa sekarang mmg dah nampak jelas para Ulamak & Ilmuan Islam makin di pinggirkan.Aspek meterial & kuasa lebih di sanjung,manakala Para Ulamak dipandang serong.Mengapa perkara ini trjadi..? kita semua tahu dari mana puncanya.cuma tak berani suarakan semata2 takut kehilangan sesuatu kepentingan..tp tak takut kalau kehilangan akidah dan para Ulama yg menjadi teras perjalanan kita di dunia yg sementara ini..

    • Musa_nad

      sebab dari kecil kita sekolah dengan didkan agama yang kurang…lebih kepada subjek dunia sahaja

  • Mietorot75

    memang……….zaman sekarang pemerintah sgt meminggir kan ulama….kalu ada pun sekadar melepas batuk di tangga….ulama yang ada pun sekarang tak sependapat tuk menyatu kan ummah….maka musuh pun menanti masa tuk menghancur kan ummah…..apabila amanah di berikan pada yang bukan ahlinya….tunggu lah saat kehancuran nya

    • Musa_nad

      dh asyik amal kroni….siapa yg garang dia yg dapat amanah…siapa yg kaya dia yg dpt..siapa yg gagah…dia yg naik

  • shazrul

    kish ini prnh brlku pd zmn khalifah uthmaniyah. bagaimna ‘ulama diusir olh org kafir ttpi org y mmimpn hanya mliht shja

  • http://www.facebook.com/zakee.xeval Zakee Xeval

    sesuai sekali dengan akhidah agama

  • HIMPUN

    ulama semakin berkurangan.. artis disnjung2.. ulama dipinggirkan… politik dilebih2 kan, agama dijadikan alat.. maka tunggu kehancuran ummah yang mengerikan.. 

    jom sertai HIMPUN demi akidah Islam…