The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Ucapan Yang Baik Dibalas Dengan Yang Lebih Baik

January 27th, 2011 No Comments   Posted in Akidah Akhlak

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.” More »

Rasulullah Bersiwak

January 12th, 2011 1 Comment   Posted in Ibadah Solat

Diriwayatkan dari Abu Musa r.a: “Aku menemui Nabi Muhammad SAW dan aku melihat Nabi SAW membawa siwak dalam genggaman tangannya kemudian menyikat giginya dan terdengar suara “Uh!Uh!” seakan Nabi SAW hendak muntah ketika siwak itu masih berada di dalam mulutnya.” More »

Aspek-aspek Ibadat

December 19th, 2010 1 Comment   Posted in Ibadah Akidah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” More »

Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah

December 1st, 2010 4 Comments   Posted in Akidah Akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” More »

Sifat Manusia

November 21st, 2010 No Comments   Posted in Akidah Akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat”. More »

Islam dan Pekerjaan

November 21st, 2010 1 Comment   Posted in Muamalat Kewangan Islam

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya”. More »

Mentaati kedua Ibu Bapa

November 21st, 2010 8 Comments   Posted in Akidah Akhlak

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” More »

Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat

November 19th, 2010 No Comments   Posted in Akidah Akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” More »

Elakkan Berkata “Kalau”

November 19th, 2010 3 Comments   Posted in Akidah Akhlak

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: “Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: “Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” More »