The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

December 27th, 2010 No Comments   Posted in Ibadah Akidah

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” More »

Amanah Kunci Keamanan

December 19th, 2010 No Comments   Posted in Akidah Akhlak

Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. More »

Sempadan Ketaatan

December 1st, 2010 1 Comment   Posted in Akidah Usuluddin

Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Satibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata: “Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bersabda: “Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.”Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut: “Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.” More »

Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan

November 24th, 2010 8 Comments   Posted in Akidah Akhlak

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” More »

Insan dan Hubungannya dengan Masyarakat

November 21st, 2010 No Comments   Posted in Akidah Akhlak

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” More »