The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Solat Dalam Kenderaan

January 12th, 2011 Posted in Ibadah Solat

Diriwayatkan daripada Jabir r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).”

(Al-Bukhari)

Huraian:

Islam mewajibkan kita melakukan solat malah haram ke atas kita meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak. Sekiranya kita berada dalam musafir sekalipun kita juga diwajibkan solat.

Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa.

Dalil yang membolehkannya selain daripada hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a. Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :”Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam. Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan bersolat di atas kenderaan tanpa mengira apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan seperti mana Nabi SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas binatang tunggangan mereka. Baginda memberi isyarat yang sujud lebih rendah daripada rukuk. Solat sebegini adalah sah jikalau benar-benar menghadapi kesukaran.



  • sobry md noah

    dari cara sembahyang dlam youtube:CARA SUJUD ialah dengan mendahulukan TANGAN baru LUTUT,pergerakan lain sepertimana yang dinyatakan diatas adalah sama.YANG MANA SATU YANG BETUL.Saya merujuk kepada cara uztaz berkenaan yang divideokan dalam CARA SEMBAHYANG berlandakan hadis dan cara rosulullah bersembahyang.TOLONG JELASKAN.Tkasih

    • Azmicfc

      dr ape yg saya belajar dan dengar dr kecik hingga sekarang, cara sujud ialah mendahulukan lutut baru tangan…^^

    • Azmicfc

      sujud dengan mendahulukan tangan dulu adalah mengikut mazhab imam hambali, manakala sujud mendahulukan lutut dahulu adalah mengikut guru imam hambali iaitu imam shafi’e…tetapi tidak timbul sebarang masalah jika kita mendahulukan tangan dahulu..solat tetap sah kerana kita mengikut panduan yg same…^^

  • Pingback: Solat Dalam Kenderaan | Himpunan Hadis « suhaydahazrin