The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Persediaan Sebelum Tidur

January 12th, 2011 Posted in Ibadah Menuntut Ilmu

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”

(al-Bukhari)

Huraian:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.



  • farlz

    assalamu’alaikum…..
    batul dah tu…….
    cuma nak cadangkan…kalau bleh, letakkan dari kitab apa, tulisan siapa….
    just sbg rujukan…..
    coz rmai yg khuatir utk percaya akan hadis2 takot2 ditipu dan sebagainya….
    if masukkan rujukan, boleh la diorg check..skurang2nya, anda ada RUJUKAN utk mengesahkan kpd mereka2 yg membaca bahawa ini adalah hadith betul…

    jazakallah khair…

    • liyana

      betul jgk…perlu ade sumber yang meyakinkan 

    • Kapprix

      sokong tuh. klu boleh tulis sekali rujuk pada mana…

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001404827269 Transcoding Master

      kalau hadis bukhari sepatutnya daripada kitab bukhari atau bukhari & muslim, kalau boleh tahu hadis no berapa dalam buku tu senang sikit nak rujuk…

  • Samsudin Abu Bakar

    salam, bersetuju dgn farlz, memang perlu ada rujukan/nota kaki dari mana asal usul hadis sebegini. Kita mesti berhati2 dgn hadis sahih/tak sahih….sebab administrator pun kita tak kenal asal usulnya ( tidak dinyatakan) siapa yang mengendalikan blog ini. Walaupun mungkin berniat baik demi Agama tetapi ‘tauliah’ mestilah ada bersama-sama.
    salam, maaf kira terusik kata sekadar melemparkan rasa ‘bimbang’ dan ‘khuatir’ diri maklumlah kita sendiri penuh kekurangan.

    • Naim_iman

      Semuanya diambil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)..saya rasa la..saudara bleh check kat laman weh jakim..sama dengan hadis yang ada disini..kalo silap maaf..

  • siti mariam mat yassin

    bagus ruangan ni…. -)

  • liyana

     Salam semua….
    bagus dan sbg peringatan tuk kita semua..
    semoga kita dpt mengamalkan sunnah nabi ini…amin

  • Hidayahnour

    bagus dan ilmu yang berguna…………
     

  • MANXFUMI

    ALHAMDULILLAH……….

  • aisyah abd raof

    like .. like .. like .. :]