The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.

s

Kedudukan Tangan Ketika Sujud

January 12th, 2011 3 Comments   Posted in Ibadah Solat

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Malik bin Buhaina r.a, ketika nabi Muhammad SAW mengerjakan solat, nabi memisahkan (merenggangkan) tangannya dari tubuhnya (dengan lebar) hingga ternampak ketiaknya yang putih. More »


Rasulullah Bersiwak

January 12th, 2011 1 Comment   Posted in Ibadah Solat

Diriwayatkan dari Abu Musa r.a: “Aku menemui Nabi Muhammad SAW dan aku melihat Nabi SAW membawa siwak dalam genggaman tangannya kemudian menyikat giginya dan terdengar suara “Uh!Uh!” seakan Nabi SAW hendak muntah ketika siwak itu masih berada di dalam mulutnya.” More »


Solat Dalam Keadaan Mengantuk

January 5th, 2011 1 Comment   Posted in Ibadah Solat

Diriwayatkan dari Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan).” More »


Berkumur Sebelum Solat

January 5th, 2011 No Comments   Posted in Ibadah Solat

Diriwayatkan daripada Suwaid bin al-Nu’man r.a: “Pada tahun terjadinya perang Khaibar aku pergi bersama Rasulullah SAW hingga kami tiba di Shahba, sebuah tempat dekat Khaibar, tempat Rasulullah SAW mengerjakan solat Asar dan meminta makanan. Tidak ada makanan lain kecuali sawiq. Nabi SAW menyuruh mencucinya terlebih dahulu. Kami semua memakannya dan tidak lama kemudian Nabi SAW berdiri untuk solat Maghrib, berkumur-kumur dan kami mengerjakan hal yang sama lalu mengerjakan solat dengan tidak mengulang wudhu’.” More »


Mukmin Yang Berakhlak Mendapat Darjat Yang Tinggi

January 5th, 2011 7 Comments   Posted in Akidah Akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.” More »


Menahan Marah

January 5th, 2011 4 Comments   Posted in Akidah Akhlak

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” More »


Menghina Orang Lain

January 1st, 2011 15 Comments   Posted in Akidah Akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” More »


Melihat Allah

January 1st, 2011 No Comments   Posted in Ibadah Akidah

Dari Abu Dzar r.a katanya: “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Adakah anda melihat Allah?” Jawab baginda: “Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya?” More »


Kasih Kepada Rasulullah

January 1st, 2011 No Comments   Posted in Akidah Akhlak

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.” More »


Mengekalkan Adab Yang Mulia

December 30th, 2010 1 Comment   Posted in Akidah Akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” More »


Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan

December 30th, 2010 3 Comments   Posted in Akidah Akhlak

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” More »


Kelebihan Sayidina umar Dalam Ilmu Agama!

December 27th, 2010 1 Comment   Posted in Akidah Usuluddin

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a: “Rasulullah SAW pernah bersabda: “Di dalam tidur ku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepada ku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab.” (Para sahabat nabi SAW bertanya: “Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab:” Itulah ilmu (agama).” More »


Haram Berkahwin Dengan Saudara Sesusu

December 27th, 2010 1 Comment   Posted in Akidah Tauhid Iman

Diriwayatkan oleh Abdullah Mulaika r.a:  “Uqbah bin Harith r.a berkata bahawa ia menikahi anak perempuan Abi Ihab bin Aziz. Tidak lama kemudian seorang perempuan menemuinya dan berkata: “Akulah yang menyusui Uqbah dan perempuan yang dinikahinya. Uqbah berkata kepadanya: “Aku tidak tahu kamu telah menyusui ku dan kamu tidak mengatakannya kepada ku.” Kemudian dia pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah dan bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal itu. Rasulullah SAW menjawab: “Bagaimana kamu boleh (memperisterikannya) padahal telah dikatakan kepada mu (bahawa ia saudara sesusu mu)? Kemudian Uqbah menceraikan isterinya dan kemudian isterinya berkahwin dengan orang lain.” More »


Sebab-sebab Batal Wudhu’

December 27th, 2010 5 Comments   Posted in Tahorah Air Sembahyang

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu.” Seorang yang berasal dari Hadramaut bertanya kepada Abu Hurairah: “Apakah hadas itu?” Abu Hurairah menjawab: “Hadas itu ertinya angin yang keluar dari lubang anus.” More »


Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

December 27th, 2010 No Comments   Posted in Ibadah Akidah

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” More »