The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Orang Yang Mati Syahid

November 19th, 2010 Posted in Akidah Akhlak

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”.

(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian:

Setiap orang Islam wajib memelihara kehormatan dirinya dan keluarganya dari dicerobohi dan dikuasai oleh orang lain sekalipun terpaksa berhadapan dengan bahaya dan berbagai-bagai kesusahan. Malah orang yang terbunuh kerana perkara tersebut, matinya adalah mati syahid. Demikian juga Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa menjaga maruah agama supaya tidak dihina dan dicaci oleh orang lain lebih-lebih lagi orang-orang kafir.



  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001059454035 Zaba Lemna Glariosa

    assalamualaikum,,sy ingin mendapat kepastian,,
    adakah benar ada hadis seperti ini?
     
    : benarkah jika seseorg i2 jatuh cinta,kemudian mymbunyikan rasa i2 hingga kematian dtg mnjemputnya,maka adakah dia seorg yg syahid?
    Pernh dgar tak hadis mngenai ini?
    dan hadis ni pula,,,

    : sesiapa yg jatuh cinta lalu dia mmelihara kesucian dirinya dan brsabar hingga mnggal dunia,maka dia adlah seorg yg syahid?
      mohon prkongsian yea..tqvm
    wassalam.