The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Memutuskan Silaturahim, Satu Dosa Besar

November 18th, 2010 Posted in Akidah Akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

Riwayat al-bukhari

Huraian:

  • Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
  • Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
  • Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
  • Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
  • Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.


  • http://twitter.com/adibahzubir diba

    mcm mana pulak kita dah byk kali mintak maaf kt org tu walaupun dia yg salah tpi dia buat tak tau je pastu ktorg diam macam tu je kita rasa sedih sgt org tu buat mcm tu tpi wlaupun dah tk berkawan tpi tetap doakan dia mcm mne eh?

    • paan

      asalam diba,

      setahu sy,yg sy dgr dr ustaz sy dulu la..
      dah mnjadi tggjwb kita utk mernyambung semula silaturrahim yg tputus,caranya ada mcm2..antaranya dgn mintak maaf(bnyk kali) yg mcm awk buat tu la..
      so awak dah selesaikan tggjwb awk..awk dah lepas,tggl dia jer yg nk terima ataw x

      *maaf mencelah,betulkan kalo sy salah

      • fiqa94

        btul tue , ; )

    • Syamayla

      situasi yg sama cm saya..kdg x de ribut mcm mana pokok boleh bergoyang..tiba2 x dpt accept kita..itu yg sedihnya..tp mgkin ade hkmah di sbalik semua ini..berserah sj pa Allah asalkn niat kita suci..

    • Harsheedae

      alhamdulillah…d0a mend0akan tu 1 kewajipan dlm kehidupan kita,..adalah lebih baik mend0akan 0rang lain,sabar adalah sikap yang sangat mulia dan perlu beringat ALLAH SWT sentiasa bersama 0rang sabar,dan kepada kawan kita yang x nak berkawan tu,sem0ga ALLAH SWT mbukakan pintu hati nya…

    • Farezeffa

      itu urusan die dengan ALLAH :) urursan manusia dgn manusia da selesai…

  • Noriza Ahmad68

    assalamualaaikum…. sy ingin bertanya apakah sy silap apabila mengambil dan menyimpan barang permaianan kepunyaan anak apaboal berlakunya perabutan antara anak sy dan anak saudara (sepupunya) dan telah menyebabkan semua ahli keluarga abang ipar sy telah tidak bertegur sapa dgn sy… sy telah meminta maaf ttp mrk ttp memulaukan sy. ttp unk pengetahuan sy mengetahui pekara ini pn dr org lain… suami sy pn tidak pernah bercerita mengapa keluarga abangnya memarahi sy…. apa pandangan ustat dan bagaimana untuk sy menyelesaikan masalah ini…

    • Syamayla

      saya pnh mgalami msalh dlm kluarga..mcm2 dugaan blaku pd saya..namun sy pk ini semua kerja “syaitan” yg nk merosakkan anak cucu adam..jd kita kna fhamkn pada mereka utk mlawan godaan itu semua..ikhtiar dn tnyala ustz yg pakar cm mana nk betulkn keadaan..insyaAllah smua akan kmbali bahagia..

      • http://www.facebook.com/munirah.iera2 Kanak Kanak Comel

        apakah  hubungan silaturahim…..hanya berjauhan saja  tetapi dgn tidak saling tegur.. menegur blh  yang mengwujudkan  putus hubungan silaturahim

  • Rina

    Saya dengan madu saling tak bertegur. Saya takut nak mulakan kerana dia akan mengamuk nanti. Macam mana ye ?

  • K1k1zamahsari

    sy terasa ati je ngan sum1 nih…tp xde r nk gado.juz ignore aje dia…cmne 2??

  • Bobbelia_99

    askom dato sy ingin menceritakan tentang masalah sy …
    klau sesebuah keluarga tidak menyukai hubung antara sy dgn anaknye …
    blh berikan sy sedikit nasihat tk????

  • http://twitter.com/adibahzubir diba

    erm Thanks smua yg bgi pendpt :)
    now sya cuba ingin berhubung dgnnya balik
    sya meminta maaf kpdnya tpi bergantung kpd dia nak terima sya balik or tak

  • che nad

    assalammualaikum ,

    bukan niat hendak memutuskan silaturahim ataupun kasih syg …
    setelah 2 tahun keluar dari rumah … sy mula menghubungi mak sy kembali dan sy pernah balik ke rumah dlm masa setahun itu … tp masih bermasalah dengan mak dan juga adik beradik … mereka memberitahu sanak saudara yang sy dah bukan anak dan juga adik beradik mereka … jika sy kembali pun mereka tidak akan terima … masuk tahun ke 3 ni .. sy dah x hubungi dan balik lg … mcm mana situasi sy … sebab sy dah meminta maaf , telefon dan juga kembali ke rumah .. tp mereka masih dingin …
    sekarang sy sudah berkawin , wllaupun tanpa izin/restu ibu dan adik beradik … suami sy hanya mampu menyuruh sy bersabar ….

    • nemo

      Maaf mencelah tapi ada juga org yg saya kenali berbuat begini nasihat saya kembalilah ke pangkuan keluarga dan minta maaflah kpd mereka sebab saya fhm perasaan ibu yg awk tinggalkan itu . Kalau diorg masih dingin awak kena fhm perasaan mereka kerana awk meninggalkan mereka begitu saja so dont expect tht people will accept you that easily . Hanya berkongsi sekian :D

  • fiqa94

    saya dh minta maaf tapi dye still tak nak maafkan saya , dh brapa kali saya cuba dan skrg saya cuma mampu berdoa , kami bertengkar hanya sebab bnde kcik yang tak mnasabah , ? dh 10 bulan , saya tak nak pertengkaran ini dipanjangkan lagi , saya dh pnat , cmm mna ? eh dh bermcm cra saya cuba tapi dye tetap ego dgn dirinya , ; /

  • Diela_kerel

    bgai mana pula kalau ibu bapa yg memutuskan silaturrahim hanya kerana ank mereka berkhwin tmpe restu……. sedang kn kt tau xada benda atau pekara dalam dunia ni blh belaku tmpe izin allah…..jd bila ank kt berkahwin dgn bkn pilihan keluarge…kemudian ibu bape memutuskan hubungan silaturrahim dgn tidak mengaku ank itu anknya…… bagai mana dan ape hukumnya…….?

  • Zaa

    situasi sebegini memang selalu berlaku angkara manusia bersikap sombong dan megah diri dan memandang rendah pandangan dan penilaian orang lain tanpa pemikiran yang waras.

  • Hamba ALLAH

    mcm man pula jika kita cuba utk berbaik, tetapi pihak yg lagi satu sombong dgn kita dan cuba menjarakkan lagi hubungan yg dah retaktu

  • pemerhati

    untuk suami yang dalam krisis dengan isteri(walau dimana saja anda atau isteri anda berada).,jangan putus asa… kerana dia isterimu..bertahanlah kerana dia isterimu..berdoalah dia kembali kepadamu..kerana dia isterimu.

  • sahabat

    menjauhkan diri krn tdk mahu melakukan lebih byk ksilapan dan slh fhm. tiada kemarahan. tiada dendam. hanya utk tjuan itu. adakah hukumnya sm sprti mmutuskan silturrahim???

  • Inanaza82

    mintak copy k..

  • Humaiza Athiera

    Seseorang itu telah memutuskan silaturahim,kemudian dia meninggal dunia..sempat meninggalkan wasiat pd anak isterinya,supaya jgn berbaik atau berkawan lagi dgn orang itu.Apakah blh waris yg masih hidup,mengikut pd wasiat itu..? Atau bolehkah warisnya menyambung silaturahim itu,meski pun melanggar wasiat..

    Benarkah si arwah itu,menzalimi dirinya sendiri,krn meninggalkan wasiat sebegitu..?
    Sehingga kini,sudah 3 tahun arwah pergi,tetapi anak isterinya,terus menganggap sahabat itu seperti musuhnys dgn penuh dendam,sedangkan sebelum ini mereka adalah sahabat yg baik..sahabat ini sering membantu jika sahabat ini dlm kerumitan.
    Sahabat yg seorang ini,masih menganggapa itu adalah  tetap sahabatnya dunia akhirat,meski pun sahabat itu serta anak2 dan ibunya terus membenci yg amat sgt pd sahabat ini.
    Meskipun apa yg telah terjadi ini,sahabat ini tidak pernah sedikit pun dia membenci pd mereka,meskipun dilontar dgn kata2 kesat dan penghinaan.Malah sering mengutuskan doa dan memohon,agar dibuka pintu hati mereka.

  • Mohamadkadir

    apa perlu kita buat bila terkena pada diri kita……….

  • Effahanna

    bukan  untuk memutuskan hubungan (silaturrahim)terpaksa melakukan kerana suami banyak melanggar perintah allah dan telah cuba berbagai cara utk memberi kesedaran tapi gagal dan masih tetap didalam keadaan dmurkai allah..jalan terbaik adalah berpisah krana utk menjaga keimanan kita.allah telah menyarankan jika suami kita adalah seorang yang derhaka terhadap allah maka kita dilarang untuk patuh…saya adalah saorang yang lemah dan gagal membentuk dia mnjadi lebih baik malah saya bimbang keimanan saya akan rosak krananya.
    jadi saya adalah maanusia yang selemah2 iman berdasarkan hadis nabi: ‘marroa minkum munkaro..falyughoiyiruhu biyadihi,falyastatiq minkum fabilisanihi,falyastatik minkum fabiqolbihi,fazalika adafuliman ‘. 
    saya adalah tahap yang ketiga dimana maasud hadis ini barangsiapa diantara kamu melihat akan kemungkaran  hendaklah kamu mencegahnya dengan tangan,jika tidak mampu hendaklah kamu cegahnya dengan lidah..dan jika tidak mampu juga  cegahlah dengn hati…maka itu adalah selemah2 iman.
    rungkaian hadis tersebut sebenarnya amat meluas…dimana tangan …adalah kuasa yang ada padamu bermaksud pangkat dan jawatan ataupun apa saja kemampuan kuasa yang ada utk manghalang kemungkaran.lidah bermakna..kebolehan bercakap yang dianugerah allah…gunakan utk kebaikan bagi  menghalang kemungkaran,dn terakhirnya mencegah dengan hati..dimana hanya mampu mencegah dalam ertikata menolak dengan hati atau membenci akan kemungkara dan disinilah kebanyakan diantara kita digolongkan krana tahap pertama dan kedua adalah ketegasan yang disarankan dalam islam tidak semua umat maanusia mampu lakukan.begitulah juga dengan saya…saya gagal dan terpaksa keluar dari ikatan perkahwinan yang boleh merosakkan keimanan terhadap allah s.w.t.

  • dee

    Assalam..sy mengalami situasi yg benar2 mbuatkn diri sy tertekan..dgan sikap adik sy..Disbbkan dgn perbuatan Orang yg benar2 memalukan yg bole mengaibkan diri sy sndiri.Sy pernah bcakap sy xkan maafkan dia dunia dan akhirat.hati sy benar2 hancur..dan anak sy sndiri juga mnjadi mangsa Orang itu..Sy x menganggap dia tu saudara kandung sy..sakit hati.. Orang (adik kandung)

    • Hamba Allah

      Benar sakit hati seperti adik kandung perempuan saya, bukan setakat cuba menghancurkan rumah tangga abang2nya, malahan mengambil bahagian faraid abang2nya dpd peninggalan harta arwah ibu. Dia juga gemar berjudi memakan duit haram dpd menang tikam numbor. Yang tersangat kutuk tidak mahu jaga ayah yg dah nyanyuk di tambahkan dosa dia mendirikan sholat hajat meminta ayah cepat2 meninggal. Suami dia juga sombong tidak izin ayah tinggal di rumah dia dgn alasan menolak anak laki2 kandung ayah yg harus bertanggung jawab. Si sang suami lupa yg isteri mengaup duit faraid serta sering main tikam nombor menunjukkan sang suami tidak memberi nafkah secukupnya kpd si isteri hinggakan menjadi rakus pd harta faraid dan duit haram judi. Rugi walaupun sudah menunaikan fardhu haji, sikap mereka menjadi bertambah buruk selepas pulang dpd tanah suci. Inilah sikap manusia yg hanya mementingkan glamour di mata halayak ramai. { tersangat sedih : ( }

  • Asyrafapple97

    Boleh bagi tak hadis berkaitan jodoh ?

  • Nuranis_najwa

    Assalamualikum sye nk kogsi artikel ini ye…t.ksih :)

  • http://www.facebook.com/ferdi.kusuma.92 Ferdi Kusuma

    bagai mana jika kta udah mnta maaf tpi dia nggak mau memaafkan bahkan udah berkali2 kita mnta maaf tpi dia masih tidak perduli

  • http://www.facebook.com/fia.rose.9 Fia Rose

    salam. nak tanye. kalau bukan kita yang memulakan pergaduhan,kita kene mintak maaf jugak ke?

  • nini

    bagaimana pula dgn hubungan adik beradik, tidakla sampai memutuskan tali silaturahim tp tiada kemesraan antara mereka, maksudnya tidak berhubungan, tidak menziarahi antara satu sama lain,tidak bertanya khabar,no telefon pon tiada,tak ambik tau antara satu sama lain..dan tiada usaha ke arah kemesraan…jumpa pun di rumah ibu bapa sebab ibu bapa masih ada..kalau tiada ibu bapa..waalahualam