The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Kesabaran Seorang Nabi dan Rasul

January 18th, 2011 Posted in Akidah Akhlak

Dari Abdullah r.a, katanya: “Seolah-olah saya melihat Nabi s.a.w menceritakan seseorang di antara nabi–nabi yang dipukul oleh kaumnya hingga mengalir darahnya dan nabi itu menghapuskan darah di mukanya sambil berdoa: “Wahai Tuhan! Ampunilah kiranya kaumku kerana sesungguhnya mereka belum tahu.”

(Bukhari)

Huraian:

Kebenaran (hak) itu datangnya daripada Allah S.W.T. Pemimpin kebenaran khususnya para rasul wajib menyampaikan kebenaran itu kepada seluruh manusia. Bahkan salah satu sifat wajib bagi rasul ialah menyampaikan (tabligh). Mereka tidak boleh menyembunyikan kebenaran walaupun satu huruf.

Apabila datang penentangan terhadap yang hak itu, maka kebenaran sikap mereka tetap tidak berubah, melainkan terus mencari jalan bagaimana kebenaran itu boleh sampai dan diterima oleh para penentang. Sekiranya sudah tidak ada lagi jalan untuk penentangnya menerima kebenaran, maka didoakannya pula. Doanya kepada penentang ialah agar menerima kebenaran dan Tuhan ampunkan segala kesilapan dan dosa-dosa mereka.

Begitulah mulianya hati dan jiwa insan yang Allah anugerahkan sebagai pemimpin umat. Inilah hati para rasul. Lihatlah sikap Rasulullah s.a.w yang memaafkan penduduk Thaif yang menghina baginda. Malah baginda mendoakan agar mereka nanti akan menerima kebenaran dan beriman kepada Tuhan suatu masa kelak.

Hadis-hadis lain:

  • Rosiat

    semoga Allah mengurniakan sikap sabar pada ku . . .

    • Ribiribut

      amin ya rabbalalamin….

  • Atikafsaad

    setiap kali baca doa nabi kpd penduduk thaif pasti akan mengalir air mata.mulia sungguh hati seorang MUHAMMAD.

  • Leoviolet92

    subhanallah…mulianya sifat pemaaf…….

  • http://www.facebook.com/people/Hj-Ahmad-Abd-Salam/100001209841290 Hj Ahmad Abd Salam

    Kita Baca Al Quran Tetapi kalau tidak tahu bagaimana untuk mengamalkan nya dan melaksanakan nya untuk beribadah pada Allah bagai mana ? Oleh itu bacalah dan pelajarilah Sejarah rasul dan hadis2 rasulnya pula seiring dengan Al quran. Kerana Orang yang mula2 menerima Al Quran beriman dengannya dan mengamalkn Yang di wahyukan Allah pada nya ialah Nabi. SAW.

  • vat astavat

    sabar adalah cahaya yang gilang gemilang

  • Razijuza92

    sesabar mana pun kita ini,kesabaran kita pun belum tentu sehebat para Nabi Allah s.w.t (u_u)

  • muhammad rahmat

    walaupun kita baik, soleh dan baik hati sabar tetapi nabi-nabi lagi soleh kerana mereka telah mendapat wahyu dari malaikat jibrail kepada nabi-nabi dan nabi-nabi telah banyak berjasa kerana dapat mengubah orang jahiliyah kepada pengikutnya dan menyembah allah s.w.t  dan saya berdoa agar nabi-nabi akan mendapat rahmat allah