The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Kelebihan Bersedekah

November 19th, 2010 Posted in Ibadah Akidah

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”

(Bukhari)

Huraian:

  • Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
  • Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.
  • Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
  • Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.


  • Shamsudinhjismail

    MINTAK SHER

  • http://pulse.yahoo.com/_23ZZ4MYTFHJYN3PUBVOTKVRVJQ Shafiq

    assalamualaikum…, mohon kebenaran utk copy utk d siarkn d blog sy.., trima kasih :)

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001168229108 Ahmad Al-syazili

    jika seseorang itu sedekah menggunakan duit syarikatnya…..
    apakah faedah baginya

  • Hafizah2910

    ..terima  kasih.  Byk  info  yg  menarik  dn memberi  manfaat  untuk  semua…

  • Eqmal

    Terima Kasih banyak2 krna info itu memberi kesedaran kami sekeluarga..skli lagi terima kasih :D