The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Jangan Kamu Marah!

November 21st, 2010 Posted in Akidah Akhlak

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:  “Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”

(al-Bukhari)

Huraian:

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.

Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.

Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.



  • http://pulse.yahoo.com/_HQGDZXESOFR67KHYRIGG35AHWU Dayang Zuwati

    Allahamdulillah.ruangan ini cukup lengkap untuk kita semua sebagai seorang muslim.
    semoga lebih ramai lagi yang turut serta menyertai ruangan ini…

  • Qu_yun

    salam….sy tida berapa sngt dlm ilmu2 agama sbb kurang di dedahkan…apabila sy m’jumpai page ini sy mula b’minat dgn ilmu2 agama dan m’ambilnya sbgai pengetahuan yg sy boleh kongsikan b’sma rakan2 sy…bnyk perkara2 yg sy tidak pernah tahu akan hukum-hakamnya dan sekarang alhamdulillah sy mengetahuinya sudah…..di harapkan lebih bnyk info yg di utarakan oleh ustat…

  • Kingofsuhaida

    jazakallah…