The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.


Galakan berdoa

January 18th, 2011 Posted in Akidah Akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Doa itu ialah ibadat.”

Riwayat Bukhari

Huraian:

  • Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
  • Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
  • Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
  • Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Hadis-hadis lain:

  • Harungah

    Manusia hari ini tak suka berdoa. Kalau berdoa pun tak sungguh. Tak yakin agaknya. Kalu sakit, bukan doa yg diletak di depan, tetapi ubat. Pada mereka ubatlah yg menyembuhkan, bukan Tuhan. Kalu nak lulus periksa mereka terkejar2 mencari soalan bocor. Sepatutnya berdoa minta Tuhan berikan kekuatan untuk belajar. Minta taufik dan hiadayah. Minta sihat dan tenang fikiran. Ah, macam2lah manusia hari ini. Tuhan tak diutamakan langsung. Ada pulak yg berkata, senang susah hidup ni kerana wang. Tak ada wang, jangan harap nak jadi senang. Aduhhhh….tersasulnya pemikiran. So, macam mana nak betulkan orang2 macam ni?

  • http://www.facebook.com/people/Rafeyah-Nur-Jane/100001351082454 Rafeyah Nur Jane

    orang2 mcm ni sememangnya ada dlm masyarakat kita pada hari ni..kita cuma mampu memberi teguran dan kurangkan mengeluh tentang perkara ini..namun,perbanyakkan dengan nasihat kpd mereka..sekiranya semua manusia sama,x wujudnya perkara yg bertentang dalam kehidupan kita..hakikatnya,setiap mnusia sama dari segi luaran shj..nmun sikap keperibadian sememangnya berbeza..walau apa pun,hnya mendoakan mereka agar mendapat hidayah.begitu juga dengan diri kita sendiri sebagai umat baginda s.a.w….